Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti yang kita tahu, seacrh engine yang paling popular di Internet ialah Google. Ya , hampir 70% pengguna internet di seluruh dunia menggunakan enjin carian Google untuk membuat sesuatu carian. Namun dalam kalangan itu, masih ramai yang tidak tahu bagaimana Google bekerja dan memberi informasi berguna kepada anda.
Tak kiralah anda mencari kata kunci seperti “panduan membina blog“, “cara membuat akaun paypal” atau apa sekalipun, yang pastinya bila anda klik butang search Google, secara automatik Google akan memberi cadangan laman web yang berkaitan dengan kata kunci yang anda cari.Secara asasnya, enjin carian akan melakukan 4 pekerjaan untuk mendapatkan hasil pencariannya , iaitu – crawling, indexing, processing, calculating relevancy dan retrieving.
Crawling
Pertama sekali, enjin carian akan crawl laman web untuk melihat kandungan yang terdapat di laman web. Tugas crawling ini bukan dijalankan oleh manusia, tetapi akan dijalankan oleh suatu software atau spider ( Googlebot iaitu spider Google , Yahoobot iaitu spider Yahoo). Sememangnya kewujudan spider ini memang terbukti. Mungkin anda akan terlihat kewujudan spider ini pada bahagian ‘whos’ online”, dimana suatu bahagian yang terdapat pada setiap forum. Spider ini akan menerusi laman web tersebut serta mengindex kandungan yang terdapat di sana.
Indexing
Ok selepas operasi crawling, langkah selanjutnya ialah operasi indexing. Operasi indexing ialah proses mengenalpasti kata kunci yang sesuai untuk menggambarkan kandungan yang terdapat pada sesuatu laman web.Sebagai cara untuk mempercepatkan laman web kita terus diindex oleh enjin carian, anda mestilah mendaftarkan laman web/blog di enjin carian sebagai cara “makluman” kepada Google. Antara caranya ialah, hantarkan laman web/blog anda ke http://www.google.com/addurl.html.
Atau sekiranya anda ingin mengetahui cara lain, bolehlah rujuk post saya terdahulu : Cara Pantas Index di Google
Sebagai pelengkap post ini, saya sertakan video dari orang Google sendiri iaitu Matt Cutt, yang akan menerangkan Bagaimana Enjin Carian Google beroperasi seharian. Selamat menonton
p/s – klik Share di bawah sekiranya anda rasakan artikel ini berinformatif dan berguna untuk anda.

Hasbul 'Aqill merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa. Seorang usahawan muda yang berusia 19 tahun dan mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan internet sejak 2 tahun yang lalu . Walaupun usianya masih belum mencecah 20-an, namun baginya, ia bukan satu alasan untuk beliau terus mengejar impian pada usia muda.
{ 4 comments… read them below or add one }
google tetap di hatiku…
jaga google baik2
hehe..tapi google tetap banyak menipu la bro

dah pun bereksperimen tentang google dah bertahun2 last2 jumpa gak skill
apa-apa pun, memang google adalah platform yang torbaik…hehehe
hehe! yang tu dah tahu. tapi google jugak bagi 100 USD pertama aku din Internet