[Tutorial SEO] Cara bagaimana untuk dapatkan long tail keyword

by Hasbul Aqill on July 1, 2010

in Tutorial SEO

Assalamualaikum dan hai geng semua!

Memandangkan ramai yang request untuk mempelajari teknik pencarian long tail keyword ini terutama rakan saya di Facebook, so hari ini tanpa segan silu ,  saya ajarkan kalian semua teknik langkah demi langkah cara bagaimana untuk mendapatkan long tail keyword dengan hanya menggunakan free tool iaitu Google Keyword Tool.

Mungkin di antara kalian semua, sudah biasa menggunakan tool berbayar seperti Market Samurai atau Micro Niche Finder. Namun jangan lupa, masih ramai dalam kalangan IM tempatan mahupun global yang hanya menggunakan Google Keyword Tool untuk menjana trafik serta sales dalam apa jua program make money seperti Clickbank, CPA mahupun Adsense.

Oleh itu, kenapa ramai yang nak target long tail keyword? Antara sebabnya ialah untuk mendapat ranking di Google dengan mudah tanpa perlu sehati berdansa (Google Dance) dengan lebih kerap. Namun syaratnya ialah, keyword tersebut mestilah mempunyai jumlah global search yang banyak. Kalau tidak, itu dinamakan non profit keyword.

Oh, sebelum membebel dengan lebih banyak lagi. ayuh baca serta fahami tutorial yang saya sediakan di bawah. Yosh!

1. Pada mulanya, kalian perlulah memilih keyword apa yang nak ditarget . Search di Google short keyword yang kalian mahu target dan pilih website pertama . Sebagai contoh, saya search “how to lose weight fast” di Google dan pilih website pertama :

Klik untuk besarkan

Ataupun untuk CB player (Clickbank), anda hanya dapakan vendor website tanpa search keyword di Google. Sebagai contoh, kalian boleh ambil url vendor site untuk product grow taller ini : http://www.growtaller4idiots.com

2. Langkah seterusnya ialah , pergi ke Google Keyword Tool dan paste url of vendor site atau website yang berada di ranking pertama bagi keyword “how to lose weight fast”. Untuk menyenangkan fikiran kalian, saya mengambil contoh growtaller4idiots.com memandangkan saya pun sedang dalam usaha untuk rank salah satu keyword untuk produk ini ;)

3. Pilih website content serta paste url di sana :

Klik untuk besarkan

Berdasarkan pengalaman saya, keyword yang ingin ditarget perlulah mempunyai permintaan yang tinggi iaitu Global search lebih 10,000 (bergantung kepada individu). So, disini saya memilih how to increase height di bawah kategori “to increase height”.

4. Search di google keyword tersebut dan ini sebahagian keputusan carian ,

serta terus klik pada related search dan ini keputusan carian :

5. Untuk related search ini, saya ambil turutan yang lebih panjang. Seperti sebelum ini, saya pilih keyword “how to increase height”, oleh itu, pilihlah keyword yang lebih panjang daripada keyword sebelum ini. Kali ini, saya pilih keyword “how to increase height naturally”.

6.  Search di Google bagi keyword “how to increase height naturally” beserta quote ” ” .

1, 1780,00 exact match , masih terlalu banyak persaingan dan untuk mengelak daripada berjoget bersama Google (Google Dance), kita perlulah mencari exact match yang sedikit, supaya hanya sedikit backlink yang diperlukan untuk memastikan site kita terus melekat di First Page Google. Faham? :D

So, langkah seterusnya ialah go more deep lagi. Klik pada related search sehingga anda mendapat keputusan exact match yang sedikit seperti di bawah :

Dapatkan sebanyak mungkin long tail keyword dan bina backlink dengan mudah. Setakat ini sahaja perkongsian dan sekiranya anda mengalami sindrom pening kepala,  jangan lupa ajukan soalan di ruangkan komen di bawah. Yosh!

p/s – Basically, teknik ini hanyalah teknik asas namun teknik ini jugalah saya gunakan untuk rank di Google dengan cepat.

{ 13 comments… read them below or add one }

1 sofian July 1, 2010 at 11:27 pm

wuhuuuuuuu….terbongkar lagi…satu lagi rep untuk ko!hehe….
teknik asas la paling power bro..takde asas, takde la power..kan?
hehe..neway, nice one n thanks :P

boleh jual dengan harga blablabla…hehe…

ps:teknik boleh cari di carian enjin pakcik G atau yahoo secara percuma kalau rajin :) contohnya how to search long tail keyword

rajin baca, rajin search, banyak je teknik boleh dapat dengan free..ye dok?

Reply

2 naz July 2, 2010 at 3:05 am

fuhoho. cool! selalu tgk long tail keyword kat search suggestion je. thank bro

PS : cool gak thesis customization bro ni.

Reply

3 Aqif July 2, 2010 at 5:06 am

Pernah guna strategi ini masa mula-mula berdansa dengan Clickbank. Memang menjadi.

Cuma perlu cari long tail keyword yang terbaik dan kurang competition untuk jangka masa panjang.

Btw, nice sharing bro. Info terbaik. :)

Reply

4 hasbulaqill July 4, 2010 at 2:26 am

sofian – lepas ni giliran kau plak share idea di blog ko

aqif – ya, semoga membantu ;)

naz – blog ini di customize oleh baloot :)

Reply

5 exora July 8, 2010 at 1:47 am

bro kalau kita type that long tai keyword at the last with the quotes..
tapi no results found..
boleh guna ke keyword tu ek?tq

Reply

6 Hasbul Aqill July 8, 2010 at 1:51 am

tgok kepada global monthly searches, kalau ia baik. boleh ambil

kalau setakat global montly search sikit contohnya hanya below 300 sahaja
itu tidak memadai lah

Reply

7 neodmarco July 8, 2010 at 3:25 pm

info yang amat berguna,thanks for sharing bro!

Reply

8 Hasbul Aqill July 8, 2010 at 7:13 pm

sama2 neod marco, boleh try cuba test :D

Reply

9 Usahawan Remaja July 11, 2010 at 5:06 pm

Pernah membuat kajian sendiri tentang perkara ni, setelah artikel ini dikeluarkan membuatkan diri ini semakin memahami “long tail keyword”.

Thanks kerana berkongsikan ilmu yang berguna ini ;)

Reply

10 mhnizam July 17, 2010 at 10:41 pm

dasat teknik ni….SEO senjata utama IM

Reply

11 Refugio Hotel August 16, 2010 at 11:17 am

Mantaps tipsnya.. saya coba dulu y master…
Refugio Hotel recently posted..Naruto 506 Read Naruto 506 Online Naruto Chapter 506 Manga Read Online Free English SubbedMy ComLuv Profile

Reply

12 Hidup Seorang Blogger August 24, 2010 at 5:33 am

emm, tips asas itu yg penting.. segalanye bermula dgn asas.. baru apa yg dibuat menjadi lebih baik..
Hidup Seorang Blogger recently posted..Cabaran Hidup Seorang Blogger Melalui Aktiviti OnlineMy ComLuv Profile

Reply

13 dongcash September 3, 2010 at 5:04 pm

Salam, Saya melihat saudara ni expert dalam cpa affiliate. Sudilah kiranya berkongsi ilmu tentang cara anda advertise atau mendapatkan lead. Semoga bertambah rezeki.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post: