[Tutorial SEO] Teknik SEO Yang Berkesan

by Hasbul Aqill

in Tutorial SEO

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai dalam kalangan SEO Expert dunia telah mengatakan kepentingan backlink dalam dalam mencapai kedudukan yang lebih tinggi dalam enjin carian. Ini kerana semakin banyak &  semakin berkualiti  ‘one-backlink direction’ ke laman web anda, semakin tinggi kedudukan laman web anda dalam kedudukan enjin carian.

Ok, pada kali ini saya akan berkongsi tentang bagaimana saya mendapat list backlink berkualiti untuk memastikan laman web berada kedudukan yang tinggi dalam enjin carian.

Angela Backlinks’s Package

Ya, sudah hampir 6 bulan saya melanggan pakej Angela secara bulanan. Dan hasilnya, setakat ini amat memuaskan. Hampir kesemua laman web Clickbank dan CPA saya berada di kedudukan pertama di enjin carian Google. Namun, anda perlu membuat proses backlinking secara terus selepas mendapat ‘link download’ yang dihantar. Ini untuk mengatasi sebarang kesukaran untuk meletakkan backlink tersebut ke sesetengah laman web yang tidak membenarkan link diletakkan pada ‘profile page’ anda.

Paul Backlinks Package

Selepas disyorkan oleh Angela sendiri, saya melanggan pakej Paul pada bulan 8 2009. Dan keputusannya setakat ini agak memuaskan. Namun link yang diberi oleh Paul kurang berkualiti berbanding pakej Angela. Dan sesetengah link tersebut kebanyakannya hanya mempunyai PR dalam lingkungan PR3- PR7 sahaja.

Steve Heron Package

Secara jujurnya, saya tidak pernah melanggan pakej ini. Namun berdasarkan pendapat salah seorang rakan saya dari Vietnam. Ianya lebih kurang sama seperti pakej Angela. Namun dalam pakej ini, Steve Heron tidak memberi tutorial langkah untuk meletakkan link pada sesuatu laman web. Dan ini agak menyukarkan kepada mereka yang kurang mahir dalam prosese backlinking ini.

Paulie Ciara Package

Kepada newbie yang baru ingin belajar dalam proses backlinking ini, saya mengesyorkan untuk menggunakan pakej Paulie Ciara disebabkan ia hanya percuma sahaja. Dan lebih menarik, beliau akan menghantarkan email kepada pelanggan secara mingguan.Setelah melanggan pakej ini sejak hampir 2 bulan, kebanyakan link yang diberi mempunyai PR sekitar PR7-PR9. Dan kebetulannya, pada pakej 2 minggu lepas, link yang diberikan sama seperti link dari pakej Angela untuk bulan Mac. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pakej mingguan sebelum ini, boleh menghubungi saya pada ruang ‘Hubungi saya’. Namun, saya akan meminta kebenaran dari Ciara sendiri untuk mengedarkan secara percuma kepada anda semua.

My Article Network

Setelah 2 bulan saya melanggan My Article Network, ia betul berkesan dan agak memuaskan. Kelebihan My Article Network ini ialah anda dibenarkan untuk melakukan ‘spinning’ terhadap artikel yang anda ingin siarkan. Anda juga tidak mempunyai had untuk menyiarkan artikel di My Article Network selain mempunyai khidmat bantuan yang baik dan cepat.

Banyak lagi sebenarnya rahsia dan cara untuk mendapatkan backlink yang berkualiti. Namun berdasarkan pengalaman dan pengetahun saya setakat ini, contoh di atas adalah yang terbaik. Yang terbaru , saya mungkin akan mencuba untuk Seolinkvine.com hasil idea dari Brad Callen sendiri. Insyaallah saya akan ulas selepas melanggannya. Kepada yang baru memulakan perniagaan internet, saya syorkan anda mempelajari tentang SEO kerana ia bersifat jangka masa yang lama walaupun pada mulanya agak susah untuk menaikkan laman web anda di kedudukan tertinggi enjin carian.

{ 29 comments… read them below or add one }

Jmay April 6, 2010 at 6:18 pm

Thanks bro untuk info yang bermanfaat ini..aku pun penah guna angela backlinks tuh..tapi x konsisten dan xtau sgt result dia..

Reply

Hasbul Aqill April 6, 2010 at 6:23 pm

salam tuan, kena tahu tuh result selepas kita buat proses backlinking. selalunya, saya akan gunakan backlinkwatch.com
untuk trace backlink yang sudah diindex :)

Reply

zairi faiezil April 8, 2010 at 5:22 pm

Salam /Mari teman berteman bersama saya..

Satu information yang berguna dalam teknik SEO. terima kasih tuan, insyallah sy akan menggunakan untuk optimumkan lagi My Blog..

Tq..

Reply

aktechpage.com April 12, 2010 at 4:20 am

Thx atas perkongsian ilmu SEO ini…
Aku try yg free dulu iaitu Paulie Ciara Package

ps: Tahniah, blog anda tersenarai dalam Anugerah Terhormat Top Blogger 2010 ==> http://www.aktechpage.com/anugerah-terhormat-top-blogger-2010

Reply

Hasbul Aqill April 13, 2010 at 12:51 pm

owh. setiap isnin dia akan hantar ke email. tadi baru hantar. try check email dan terus bina backlink :)

terima kasih

Reply

Hasbul Aqill April 13, 2010 at 12:53 pm

@jmay – kena tahu tu bro. cuba check backlinkwatch.com

@zairi – cuba praktikkan. x sia2 saya buat post ini :-D

Reply

sofian April 22, 2010 at 2:39 pm

weeehe..tahniah bro…banyak betul ko reveal teknik ni eh :)
pasni dapatlah buat coaching banyak sikit :) hehe..
insyaAllah, aku pun nak join gak suatu hari nanti kalau ada kesempatan :)

ps:aku baru je buat blog sendiri yang tak seberapa 2hari lepas..insyaALLah aku akan terus melawat blog ko nih :)

posto@sofian

Reply

Hasbul Aqill April 22, 2010 at 4:52 pm

salam sofian

kita sama je bro. apa kata, sharing sama sharing ilmu yang kita advanced
lagi ok :)

owh, ingtkan dah xnk dah buat blog personal, alhamdulillah, satu langkah yang
bijak bro, keep up ;)

Reply

sofian April 22, 2010 at 7:58 pm

hehe..semua gara-gara subscriber aku yang dah asik bertanya soalan yang sama, so, aku terfikir, kalau kita sama2 share ilmu yang ada, insyaAllah, ilmu tu akan terus berkembang..tak gitu?hehe

gudluck :)

Reply

Hasbul Aqill April 24, 2010 at 6:21 pm

paulie tu antara yang terbaik. every week dia x miss bagi pakej mingguan.
PR pun xkurang pr5. kesemuanya lebih pr5-pr9. ambil advantage ini. Free dan berkualiti :)

Reply

penyubiru April 24, 2010 at 10:44 pm

wah! nice sharing. skang saya nak cuba yg paulie tu. sebab ia free.hehe :D

thanks!

Reply

KedaiBestari April 25, 2010 at 4:05 am

Salam..info yg sgt berguna…tp masih blur2 lg sbb kurang berpengetahuan dlm bidang2 camni..hrp2 sudi membantu lagi..

Reply

Anthony April 25, 2010 at 6:07 am

hehe..semua gara-gara subscriber aku yang dah asik bertanya soalan yang sama, so, aku terfikir, kalau kita sama2 share ilmu yang ada, insyaAllah, ilmu tu akan terus berkembang..tak gitu?hehe

gudluck :)

Reply

Rick April 25, 2010 at 4:19 pm

Salam..info yg sgt berguna…tp masih blur2 lg sbb kurang berpengetahuan dlm bidang2 camni..hrp2 sudi membantu lagi..

Reply

Masud May 29, 2010 at 9:01 pm

thanks for sharing guys,I just started learning SEO for 2 months, still not good at.
anyway I have read your article by using google translation

Reply

ummu June 17, 2010 at 1:01 am

salam saudara

TQ ya atas perkongsian berguna ini.

Reply

ray ban August 23, 2010 at 4:51 pm

saya memang dahagakan ilmu2 SEO ni harap banayk lagi update tentang SEO

Reply

Seach Engine Optimisation September 11, 2010 at 3:18 pm

Great help. We all know backlinks are important but this information is helpful. Thank you for the helpful information.

Reply

massage viborg September 29, 2010 at 5:40 am

Thank for the nice and great article.

Reply

packetpixel November 3, 2010 at 8:23 pm

salam hasbul,

mungkin suatu hari nanti kita boleh collobrate bersama tentang ini…

info yang menarik tentang ini…

TQ

Reply

Hasbul Aqill November 4, 2010 at 1:59 am

insyaAllah, boleh hubungi saya di support[at]hasbulaqill.com

Reply

Amry November 6, 2010 at 9:20 pm

masih terkial2 bab SEO. banyak sangat yang perlu belajar..terima kasih untuk perkongsian ini.

Reply

Digital Market Site 3 June 21, 2011 at 12:57 am

I like the information you shared about the backlinking strategy. How i wish you could translate it to english for the benefit of our friends.

Reply

ady June 21, 2011 at 2:42 pm

content bahasa melayu sesuai ke tuan?

Reply

Hasbul Aqill June 21, 2011 at 2:44 pm

tiada masalah tuan ady, seo bukan terhad kepada dunia luar sahaja :)

Reply

Ian Day October 3, 2011 at 6:07 pm

Hi Thanks for a great post and information. I have been using Paul and Angela’s backlinks services with great success

Reply

Hasbul Aqill October 6, 2011 at 11:53 pm

Yeah, youre welcome :)

Reply

AbeMogi December 28, 2011 at 12:01 am

Info sangat berguna..
Blog ni SEO terbaik,,
Tuan punya Blog ni pun memang SEO juga :-)
Bila nak update Google WebMaster Tools?
terima kasih bagi Info ini..

Reply

Hasbul Aqill December 28, 2011 at 12:04 am

Alhamdulillah, lama sebenarnya tak update. dan sudah hampir 4 bulan kot tak update blog ini.
inssyaAllah 2012 ini saya akan buat perancangan semula ya :)

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: