Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ramai dalam kalangan SEO Expert dunia telah mengatakan kepentingan backlink dalam dalam mencapai kedudukan yang lebih tinggi dalam enjin carian. Ini kerana semakin banyak & semakin berkualiti ‘one-backlink direction’ ke laman web anda, semakin tinggi kedudukan laman web anda dalam kedudukan enjin carian.
Ok, pada kali ini saya akan berkongsi tentang bagaimana saya mendapat list backlink berkualiti untuk memastikan laman web berada kedudukan yang tinggi dalam enjin carian.
Ya, sudah hampir 6 bulan saya melanggan pakej Angela secara bulanan. Dan hasilnya, setakat ini amat memuaskan. Hampir kesemua laman web Clickbank dan CPA saya berada di kedudukan pertama di enjin carian Google. Namun, anda perlu membuat proses backlinking secara terus selepas mendapat ‘link download’ yang dihantar. Ini untuk mengatasi sebarang kesukaran untuk meletakkan backlink tersebut ke sesetengah laman web yang tidak membenarkan link diletakkan pada ‘profile page’ anda.
Selepas disyorkan oleh Angela sendiri, saya melanggan pakej Paul pada bulan 8 2009. Dan keputusannya setakat ini agak memuaskan. Namun link yang diberi oleh Paul kurang berkualiti berbanding pakej Angela. Dan sesetengah link tersebut kebanyakannya hanya mempunyai PR dalam lingkungan PR3- PR7 sahaja.
Steve Heron Package
Secara jujurnya, saya tidak pernah melanggan pakej ini. Namun berdasarkan pendapat salah seorang rakan saya dari Vietnam. Ianya lebih kurang sama seperti pakej Angela. Namun dalam pakej ini, Steve Heron tidak memberi tutorial langkah untuk meletakkan link pada sesuatu laman web. Dan ini agak menyukarkan kepada mereka yang kurang mahir dalam prosese backlinking ini.
Kepada newbie yang baru ingin belajar dalam proses backlinking ini, saya mengesyorkan untuk menggunakan pakej Paulie Ciara disebabkan ia hanya percuma sahaja. Dan lebih menarik, beliau akan menghantarkan email kepada pelanggan secara mingguan.Setelah melanggan pakej ini sejak hampir 2 bulan, kebanyakan link yang diberi mempunyai PR sekitar PR7-PR9. Dan kebetulannya, pada pakej 2 minggu lepas, link yang diberikan sama seperti link dari pakej Angela untuk bulan Mac. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pakej mingguan sebelum ini, boleh menghubungi saya pada ruang ‘Hubungi saya’. Namun, saya akan meminta kebenaran dari Ciara sendiri untuk mengedarkan secara percuma kepada anda semua.
Setelah 2 bulan saya melanggan My Article Network, ia betul berkesan dan agak memuaskan. Kelebihan My Article Network ini ialah anda dibenarkan untuk melakukan ‘spinning’ terhadap artikel yang anda ingin siarkan. Anda juga tidak mempunyai had untuk menyiarkan artikel di My Article Network selain mempunyai khidmat bantuan yang baik dan cepat.
Banyak lagi sebenarnya rahsia dan cara untuk mendapatkan backlink yang berkualiti. Namun berdasarkan pengalaman dan pengetahun saya setakat ini, contoh di atas adalah yang terbaik. Yang terbaru , saya mungkin akan mencuba untuk Seolinkvine.com hasil idea dari Brad Callen sendiri. Insyaallah saya akan ulas selepas melanggannya. Kepada yang baru memulakan perniagaan internet, saya syorkan anda mempelajari tentang SEO kerana ia bersifat jangka masa yang lama walaupun pada mulanya agak susah untuk menaikkan laman web anda di kedudukan tertinggi enjin carian.


Hasbul 'Aqill merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa. Seorang usahawan muda yang berusia 19 tahun dan mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan internet sejak 2 tahun yang lalu . Walaupun usianya masih belum mencecah 20-an, namun baginya, ia bukan satu alasan untuk beliau terus mengejar impian pada usia muda.
{ 17 comments… read them below or add one }
Thanks bro untuk info yang bermanfaat ini..aku pun penah guna angela backlinks tuh..tapi x konsisten dan xtau sgt result dia..
salam tuan, kena tahu tuh result selepas kita buat proses backlinking. selalunya, saya akan gunakan backlinkwatch.com
untuk trace backlink yang sudah diindex
Salam /Mari teman berteman bersama saya..
Satu information yang berguna dalam teknik SEO. terima kasih tuan, insyallah sy akan menggunakan untuk optimumkan lagi My Blog..
Tq..
Thx atas perkongsian ilmu SEO ini…
Aku try yg free dulu iaitu Paulie Ciara Package
ps: Tahniah, blog anda tersenarai dalam Anugerah Terhormat Top Blogger 2010 ==> http://www.aktechpage.com/anugerah-terhormat-top-blogger-2010
owh. setiap isnin dia akan hantar ke email. tadi baru hantar. try check email dan terus bina backlink
terima kasih
@jmay – kena tahu tu bro. cuba check backlinkwatch.com
@zairi – cuba praktikkan. x sia2 saya buat post ini
weeehe..tahniah bro…banyak betul ko reveal teknik ni eh
hehe..
pasni dapatlah buat coaching banyak sikit
insyaAllah, aku pun nak join gak suatu hari nanti kalau ada kesempatan
ps:aku baru je buat blog sendiri yang tak seberapa 2hari lepas..insyaALLah aku akan terus melawat blog ko nih
posto@sofian
salam sofian
kita sama je bro. apa kata, sharing sama sharing ilmu yang kita advanced
lagi ok
owh, ingtkan dah xnk dah buat blog personal, alhamdulillah, satu langkah yang
bijak bro, keep up
hehe..semua gara-gara subscriber aku yang dah asik bertanya soalan yang sama, so, aku terfikir, kalau kita sama2 share ilmu yang ada, insyaAllah, ilmu tu akan terus berkembang..tak gitu?hehe
gudluck
wah! nice sharing. skang saya nak cuba yg paulie tu. sebab ia free.hehe
thanks!
paulie tu antara yang terbaik. every week dia x miss bagi pakej mingguan.
PR pun xkurang pr5. kesemuanya lebih pr5-pr9. ambil advantage ini. Free dan berkualiti
Salam..info yg sgt berguna…tp masih blur2 lg sbb kurang berpengetahuan dlm bidang2 camni..hrp2 sudi membantu lagi..
hehe..semua gara-gara subscriber aku yang dah asik bertanya soalan yang sama, so, aku terfikir, kalau kita sama2 share ilmu yang ada, insyaAllah, ilmu tu akan terus berkembang..tak gitu?hehe
gudluck
Salam..info yg sgt berguna…tp masih blur2 lg sbb kurang berpengetahuan dlm bidang2 camni..hrp2 sudi membantu lagi..
thanks for sharing guys,I just started learning SEO for 2 months, still not good at.
anyway I have read your article by using google translation
salam saudara
TQ ya atas perkongsian berguna ini.
saya memang dahagakan ilmu2 SEO ni harap banayk lagi update tentang SEO