Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ok, pada kali ini, saya akan terangkan kepada anda 7 sebab kenapa anda perlu memiliki blog sendiri. Terutamanya kepada sesiapa yang masih belum memiliki blog sendiri, mungkin artikel ini sedikit sebanyak memberi ruang untuk anda fikirkan. Dalam dunia internet, pengguna diberi inisiatif nama dan alamat sendiri supaya orang lain mudah mengenali dan menghubungi anda. Pelajar, Peniaga mahupun yang bekerja dalam bidang profesional mula beralih kepada blog untuk mengutarakan pendapat, dan mengulas topik semasa. Ok, mungkin tiba masanya untuk anda bina blog sendiri bukan?
Kenapa anda perlu miliki blog sendiri?
1. 100% Hak anda!
Ya, jika anda membina blog dot com sendiri, ia 100% hak milik anda. Anda boleh menulis apa jua topik , dimana sahaja yang anda mahu. Asalkan ada sambungan internet serta komputer riba, itu sudah memadai. Sebagai contoh, jika anda mempunyai sebarang pendaapat untuk diutarakan, anda tidak mempunyai halangan untuk menulis artikel pendapat di blog sendiri.
2. Reputasi / Kredibiliti
Secara tidak langsung , jika anda mempunyai blog dot com sendiri, reputasi atau dalam erti kata lain kredibiliti anda meningkat. Pelawat blog anda akan memikirkan anda begitu hebat kerana berjaya membina blog dot com sendiri. Rakan saya pernah menganggap pembinaan blog memakan modal yang tinggi padahal hanya dalam lingkungan RM100 sahaja iaitu kos domain dan hosting. Lihat pada orang terkenal seperti Dr Irfan Khairi, tanpa blog peribadi beliau, mungkin beliau tidak sehebat seperti hari ini.
3. Jualan Meningkat
Sekiranya ramai pelawat yang mengenali anda, percayalah , anda tidak mempunyai masalah dalam mempromosikan produk perniagaan anda. Sekiranya anda mempunyai blog dot com sendiri, anda sebenarnya memberi ruang yang CUKUP LUAS kepada pelawat untuk mempercayai anda. Bahkan mereka akan lebih ‘mendekati’ anda sekiranya mereka bersetuju topik yang anda tulis. Percayalah, tiada lagi masalah untuk mereka membeli produk atau mendapatkan perkhidmatan yang anda sediakan.
4. Mudah
Ini satu lagi kelebihan sekiranya anda memiliki blog dot com sendiri. Sekiranya anda menggunakan blog percuma seperti wordpress.com atau blogspot.com, pasti pengguna yang ingin mengunjung kembali blog anda susah untuk ingat kerana mereka perlu menulis blogspot.com dan wordpress.com pada penghujung domain anda. Psikologinya, manusia memang agak sukar untuk mengingatkan kata – kata yang terlalu panjang. Sebaliknya, dengan blog dot com sendiri, pengunjung mudah untuk mengingati nama domain bahkan anda boleh mendaftar nama domain berdasarkan nama anda sendiri.
5. Kemahiran Menulis
Benar saya cakapkan, anda boleh meningkatkan kemahiran gaya penulisan anda. Sekiranya anda banyak menulis artikel dalam blog, lama – kelamaan gaya penulisan anda semakin baik. Tulis 3 artikel seminggu secara konsisten, mudah – mudahan, anda terbiasa dengan gaya penulisan yang santai ataupun profesional. Sebagai rujukan , anda boleh kunjungi blog lain, selidik gaya penulisan mereka serta cara mereka menyampaikan topik. Mungkin dari situ, boleh dijadikan sebagai rujukan gaya penulisan yang anda pilih.
Amacam? Sudah bersedia untuk memiliki blog?
Kepada sesiapa yang masih tidak memiliki blog sendiri dan tidak tahu bagaimana ingin memulakannya, saya ada jawapannya. Panduan Membuat Blog WordPress ini dilengkapi langkah asas sehingga anda berupaya membina blog dot com sendiri. Bahkan, panduan ini jugalah yang membantu saya membina blog dot com sendiri. Segala maklumat lanjut berkenaan Panduan ini, bolehlah anda kunjungi di laman rasminya.


Hasbul 'Aqill merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa. Seorang usahawan muda yang berusia 19 tahun dan mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan internet sejak 2 tahun yang lalu . Walaupun usianya masih belum mencecah 20-an, namun baginya, ia bukan satu alasan untuk beliau terus mengejar impian pada usia muda.
{ 11 comments… read them below or add one }
hehe..mcm perli je

tak jd underground la klau dh ada blog sendiri…
tapi memang fakta2 tu takleh dinafikan
x perli bro. x sia2 buzz ngn kau sebelum ini
btw, tindakan kau memang betul, ada blog personal
orang akan lebih kenal diri kau
underground2 pun, ada masanya perlu bercerita aktiviti make money online
yang kita buat
hehe..takde hal bro….aku tak mengharapkan populariti…sebab ada pro dan kontra dia
selalu jer cerita pasal make money online dengan orang yang kenal dan subscriber aku..hehe..tapi sekarang dah cadang2 nk delete semua subscriber malaysia sebab kadang-kadang rasa tertekan gak..huhu…kita bayar autoresponder, tapi kalau nak banding subscriber malaysia dgn international, lagi best bagi email dengan international..gara-gara subscriber malaysia la, byk email aku jadi bounce n mark as spam…adeh…padahal kita bagi info percuma dan kadang2 gak bagi produk mahal…huhu..
lari topik dah ni…hehe
Memang kredibiliti penting untuk pasaran Malaysia.. Tapi ramai jugak IM yang dah bina kredebiliti dengan gah, last2 scam orang beribu-ribu..
boleh dijadikan pengajaran kes itu
Tuan Hasbul Aqill,
Saya amat mempersetujui kelima-lima poin yang dikongsikan dalam entri tersebut terutamanya ‘Kemahiran Menulis’ kerana berdasarkan pengalaman saya yang tidak gemar menulis (lebih-lebih lagi menulis dalam BMT – Bahasa Melayu Tinggi), telah menjadi satu kebiasaan.
Bagi para pembaca blog ini yang masih tidak mempunyai blog. Mulakan sahaja blog dot com anda sendiri mulai hari ini. Ia merupakan proses pembelajaran dari semasa ke semasa. Apa yang paling penting ialah komitmen anda untuk terus ‘berblogging’.
kalau ade blog dot com percuma pun xpe..
at least, anda blaja kod html walaupun x bnyk…
xperlu sangat tahu tentang html. basically, memang senang buat blog dot com bila dah biasakan diri.
5 minit. siap!
Mempunyai blog sendiri mmg besh, ibarat mempunyai teman setia yg sentiasa di sisi kita.. hahahah
banyak kegunaan blog dalam konteks make money online. secara asasnya, kebanyakan bermula dari blog
itu yang disarankan supaya belajar perkara ini. hehe
setuju.

titan recently posted..Kenangan Berpuasa Titan 1990-2010 Part 2